4hb jun yang lalu kenduri kahwin adik ipar ku yg perempuan. akad nikahnya diadakan pada malam sebelumnya 3hb jun.....meriah sangat tapi aku keletihan memandangkan aku tengah sarat. Tema kenduri kali ini putih/merah/gold.
SELAMAT PENGANTIN BARU buat dik ma & im :ty_ty: :flowers: .....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat aminnnnn.......
Kenduri di rumah pengantin lelaki selang 2 hari selepasnya 6hb jun. Di rumah pengantin lelaki aku tak mengambil banyak gambar mungkin keletihan aku masih terasa so mood pun kurang. Selepas majlis aku dan 2 adik ipar lagi singgah sekejap di air terjun bukit bakar yang boleh dikatakan berada di tengah-tengah antara rumah pengantin lelaki & rumah mertua ku. Ingat kakak dah berani nk main air sungai rupanya tidak masih takut nak masuk ke dalam air........entah bila ler kakak nk berani ni. :->