Alhamdullilah syukur kepada Maha Kuasa kerana aku telah selamat melahirkan baby girl pada 29 July 2009 di Kajang Plaza Medical Centre, Kajang.
Pada akhir minggu ke-40 aku disahkan oleh Doktor bahawa bp aku tinggi dan kemungkinan aku akan dipaksa bersalin. Jadi Doktor minta aku kembali pada 28 July 2009 untuk pengesahan bp seterusnya. Dalam debaran setelah mengesahkan bp aku tinggi 180/90 aku diarahkan masuk wad untuk dipaksa bersalin. Aku masuk wad jam 10.00pg dan nurse masukkan ubat untuk percepatkan bersalin. Aku tunggu dengan debaran sampai masuk hari seterusnya setelah subuh 29 July jalan masuk 4cm sedangkan air dalam botol sudah 6 botol bertukar ganti. Begitu menyiksakan bagi aku. Oleh itu jam 7.00pg nurse terus inject ubat ke lenganku tanpa masukkan ke dalam air. Tak sampai setengah jam aku terasa perut lain macam seperti ingin meneran. Aku di bawa ke labor room. Di situ pula aku sakit sekejap2 pula :-( ........ hampir 4 nurse membantu aku tidak dapat meneran sepenuhnya dan tiba-tiba aku terdengar Doktor menyebut "VACUM" :omg_wtf: ....aku mula berfikiran tak menentu.....akhirnya MADIHAH dilahirkan dengan bantuan vacum tepat jam 9.08pg pada 29 July 2009 yang mana awal 4 hari dari due sepatutnya 2 ogos 2009.......
Terima kasih kepada kekawan opis dans edara mara yang datang melawat kami samada di hospital dan di rumah.